Tuesday, September 15, 2009

Pengenalan

Manusia adalah makhluk yang paling istimewa diciptakan Allah SWT berbanding makhluk-makhluk Allah yang lain. Keistimewaan ini adalah kerana manusia diberikan akal. Namun sekiranya akal anugerah Allah SWT itu tidak dididik, diasuh dan dipelihara sebaik-baiknya, keistimewaan manusia itu mungkin akan hilang. Apatah lagi sekiranya manusia itu hanya mengikut nafsu dalam kehidupannya. Justeru untuk memastikan manusia terus istimewa Allah SWT menurunkan Al Quran sebagai panduan dan mengutuskan Rasul sebagai pembimbing. Untuk mengenal dan seterusnya mengikut panduan Al Quran dan bimbingan Rasul ini, manusia perlukan pendidikan berterusan atau pendidikan sepanjang hayatnya.

Pendidikan seseorang itu bermula ketika ia masih dalam kandungan ibunya, apabila Islam menggalakkan ibu yang mengandung membaca Al Quran, tidak melakukan maksiat dan banyak lagi perkara baik yang disarankan. Begitu juga ketika dilahirkan, Islam menyarankan agar di perdengarkan kalimah-kalimah Allah di telinga bayi. Ini adalah pendidikan.

Proses mendidik itu terus berlaku semasa kanak-kanak, remaja dan hingga tua malah ketika dimasukkan kedalam kubur pun, masih lagi berlaku proses pendidikan ini.

Persoalannya kenapa perlukan pendidikan? Jawabnya Allah mengkehendaki manusia ini terus istimewa berbanding makhluk-Nya yang lain.

No comments:

Post a Comment