Sunday, October 24, 2010

Menjadi Tetamu Allah

Alhamdulillah, setelah sekian lama menabung, mendaftar saya dan isteri bersama ayah dan emak akan berangkat ke tanah suci Makkah Al Mukrammah pada 4 Nov nanti. Insya Allah jam berangkatnya akan bermula pada jam 15.20 ptg dari Kepala Batas. Jam 1.30 pagi 5.11.2010 kami akan berangkat ke Jeddah sebelum ke Mekah..Insya Allah..kami akan berangkat balik ke tanah air pada 17.12.2010 dan dijangka sampai di Kepala Batas jam 15.00 ptg.
Walaupun pernah menjejah kaki di Tanah Haram ini pada 19 tahun lalu, namun kesugaran dan kekeluhan tetap terasa.Namun semoga Allah permudahkan segala urusan kami samada sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja haji ini. Kepada semua jemaah dari Tanah Air, marilah kita berazam dan bertekad untuk melaksanakan ibadat haji ini sebaik mungkin, sedaya upaya agar semua amal ibadat ini diterima Allah. Insya Allah.